Bismillahirrahmanirrahim
Biar sesak menahan nafas. Kesedihan yang ada cuba di tampung, biar yang lahir di wajah adalah kegembiraan...
Allah jadikan airmata..untuk di alirkan kerana ia melegakan, bukan? bukan bukti kelemahan, bukan bukti tidak meredhaikan?
Yang berlalu ada hikmahnya..Pastinya aku tak tahu, apa rahsia itu..Allah mengaturnya dengan aturan yang cukup baik. Ku cuba untuk lupakan tetapi masih juga bertandang...Allah~~
Sahabat sebilikku bertanya lagi...
"Dik,ok ker ni??"
aku senyum lagi..peritnya memberitahu sesuatu yang bertentangan dari yang ada di dalam hati. Buat-buat sibuk. Baca ini baca itu..selak ini selak itu..rupanya ingatan dan luka ini masih ada. bila soalan yang sama di tanya, yang nyata hati aku cukup pedih.
Nasihat dari murabbiku terus datang "Ya Abna',kehidupan ini bnyk pancaroba..kekadang kita perlu korbankan benda yg kecil utk meraih benda yang besar."
Aku terkedu mengenang semula kata2 dr murabbiku itu...ku cuba menghayati kata2 itu agar meresap hingga ulu jantung, biar lupa!
"Al-Quran dan Qiamulail juga dijadikan pendamping...pengubat rohani dan penguat kita!siapa lagi yang akan beri kekuatan pada kita kalau tidak ALLAH.."
Allahuakhbar...airmata ini jatuh lagi, jauhnya diri dari Allah..lalu luka yang lama itu berkudis lagi..sepatutnya ujian Allah itu hanya di pandang kecil oleh diri kerana kamu wajib ada cita-cita yang lebih besar..
THABAT DALAM PERJUANGAN ALLAH!
Allah, berikan aku pendokong yang paling baik untuk mendokong aku dalam perjuangan ini..aku mahu redha dan cintaMu, Allah.
Allahummaghfirli...

No comments:
Post a Comment