::Permulaan tintaku::

Thursday, April 25, 2013

semangatku dulu!

Mengalirlah air mata mukmin.
Atau mengalir air mata hatinya.
Bila mengingati Tuhannya.

Malunya hati mukmin.
Bila mengenangkan..
Rahim dan Rahman..
Tuhan...

Remuk redam hatinya bila teringat...
Qahar dan Jabbarnya.
Resah gelisah jiwanya melakukan dosa
Sedih hatinya lalai dengan Tuhannya..

Kemudian sedar semula
Tidak tentu rasa hatinya..
Bila terbuat kesalahan dan kesilapan..

Hati mukmin tidak pernah tenang dengan tuhannya.
Tenang dengan dunianya
Jiwanya bergelombang dengan Tuhannya
Bagaikan lautan tak pernah tenang

Kalau bukan kerna kewajipan
Tentu mereka bersendirian
Membawa diri berkelana bersama tuhan


--> Ya Allah,kembalikanlah kekuatan itu kepadaku..:'(

Friday, April 19, 2013

Kuterbang menggapai awan


Sejak semenjak ini,kata-kata cabaran selalu datang.Pernah suatu ketika,abang aku menyatakan aku tidak mampu melakukan taklifat ketika saat itu aku pegang.Amat pedih katanya,air mata ini berguguran.Hati ini suka sangat tersentuh.Allahurobbi~cuba menguatkan kembali semangat.Kini perkara lain pula yang datang menjengah.Kata-kata sindiran ini aku jadikan sebagai cabaran.Aku cuba bersendirian untuk muhasabah dan terus muhasabah. Bukan untuk orang lain, tetap untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri juga, kan? Muhasabah yang datangnya mahabbah dalam hati untuk melakukan perubahan dan menafikan apa yang diperkatakan.Semua perlukan persediaan yang begitu rapi.

Kuterbang sendirian
Gapai awan yang tertinggi
mengharungi angin yang terlalu kencang
Hujan panas yang kekadang menyebabkan diri ini jatuh
Tetapi aku tetap akan teruskan perjuangan ini
Dalam menongkah arus  yang mencabar
Untuk sampai ke destanasi yang dituju
Aku masih ada waktu lagi
Untuk melakukan perubahan
Aku tidak mahu harapan yang aku bawa terkubur
Penerbangan aku kali ini
Membawa kekuatan dariNYA
Aku tidak mampu terbang dengan sempurna tanpa REDHA dariNYA
Biarlah aku terbang sendirian
Aku punya ALLAH!

Ayat-ayat cinta yang tersemat dihati:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran

(Al-Baqarah 2 : 186)

Ya Allah, Tuhan pemilik segala hati, kuatkan diriku… kerana sesungguhnya jalan pulang itu dagang…
May i finish this strong, bi iznillah
Ighfirli ya ALLAH Ana faqir ilaik

Wednesday, April 17, 2013

Qalbun~hati maka hati-hatilah


Perasaan ini biar ia berlalu pergi bersama angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa.Pergi dengan tenang bersama redhaNYA.Fikiran masih lagi berfikir namun tetap cuba melupakan apa yang terbuku.Matlamat kehidupan sentiasa saya pegang agar tidak tersasar jauh dari impian yang dibina.

Lirik lagu ini bagaikan terbaca isi hati ini.Hebatnya cinta Siti Zulaikha.

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

Cinta itu fitrah.Kerana itu ia perlu dijaga dan dipelihara.Fitrah cinta boleh membuat manusia lalai dengannya,berkorban apa sahaja.Bahaya! sekiranya ia dibiarkan.Cinta yang bersandarkan ALLAH taala pastinya setiap apa yang dilakukan keranaNYA.DIA yang mendahului segala-galaNYA dalam segenap ruang.


Telah kupilih jalanMU
Jalan untuk hamba-hambaMu yang soleh
Jalan dalam meniti kehidupan dunia yang fana
Jalan untuk sentiasa beribadah kepada sang pencipta
Aku yakin dengan cinta yang kau beri
Cinta yang tidak ada kekecewaan padanya

Fitrah hati ini tidak mampu kubendung
Tidak mampu aku telan
Perit rasanya
Aku gagahkan juga untuk matlamat hidupku
Demi menggapai redha Illahi

Maafkan aku ya ALLAH
Matikanlah rasa cinta yang belum pasti dimiliki
Agar dapat ku semaikan cintaMU yang suci
Teguhkanlah cinta aku kepadaMU
Agar tidak aku kecundang dengan cinta yang dusta

Bantulah aku ya ALLAH
Untuk gapai ketenangan
Dalam menulusuri jalanMU ini
Dekatkanlah aku bermesra padu
Dalam meniti kebahagian setiap waktu
Hanya untukMU YANG ESA.

RedhaMU yang kudambakan..

ALLAH is calling!



Telefon berbunyi,terus mengambil dan menyambut panggilan tersebut..
Kalau dapat sahutan dr rumah ALLAH,Allah is calling!
Bagaikan 'ia' berlalu begitu sahaja tanpa sambutan dari orang yang mendengarnya..

Ohh,
alangkah indahnya..
apabila azan berkumandang..
"kita tangguh meeting kita dulu untuk bagi laluan untuk solat"
"stoppp! kita solat dlu pastu sambung study"
"adik-beradik usrahku,jom kita berangkat ke masjid sama2.."

teringat pesanan seorang hamba ALLAH:
kalau kita menjadi perkara itu sebagai rutin,pasti hati resah dan tidak tenang kalau tidak melakukan perkara itu dengan segera.Secara automatik kita akan terus bertindak.

Menarik juga kata-kata seorang lagi tabi’in yang bernama Rufai’ bin Mihran.

Katanya, ” Orang yang mengambil ringan tentang sembahyangnya akan lebih mengambil ringan dalam soal yang lain.”

Dalam meneruskan 'taklifat' di dunia ini,jangan lupa untuk menyegerakan apa yang perlu di segerakan..

Ketenangan menerjah di segenap ruang
Kekuatan solat menjadi tunjang
Berfikir dan bicara sentiasa tenang
Segala gerak kerja menjadi senang

::Indahnya hidup bersama illahi::

Bermulanya sebuah episod




Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

Alhamdulillah thummalhamdulillah

Masih berkesempatan dalam meneruskan tinta serikandi ini walaupun lama meninggalkan  dan membiarkan blog ini bersawang..Keterbatasan dalam melaksanakan tanggungjawab dalam persatuan menjadi cabaran saya untuk meluahkan segala fikiran saya pada blog ini.Alhamdulillah sudah lepaskan tanggungjawab dalam persatuan bulan lepas..kini tumpuan saya pada tanggungjawab yang masih lagi menjadi medan saya untuk berdakwah. Doakan saya istiqamah.
Alhamdulillah ada hikmahnya dengan cabaran yang Allah hadirkan sebelum ini. Proses tarbiyah dan  muhasabah yang panjang, semoga Allah hadirkan kekuatan dan ketenangan bersamanya. InsyaAllah...

Teringatan pesanan murabbi :

Kita kenalah sentiasa memberi,jangan hanya menerima semata-mata!

Ya..saya akan pegang dengan kata-kata ini..

::Hidup dengan memberi::

tinta serikandi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...