::Permulaan tintaku::

Thursday, June 23, 2011

MENGEKALKAN RASA KEHAMBAAN

KALAULAH kuasa Tuhan itu sentiasa terasa di hati,
Kebesaran-NYA memenuhi hati manusia
Nikmat dan rahmat-NYA sentiasa hati terasa malu
dan malu menerimanya
Iradah Tuhan itu
terasa benar oleh hati ia pasti berlaku
Qahhar dan Jabbar-NYA
sentiasa mengerunkan hati manusia bergelar hamba
Balasan dan hukuman-NYA
bila-bila boleh berlaku
terhadap hamba-hambaNYA
Hati benar-benar terasa kecut
dan menakutkan
Gementar dan menggeletar hati merasakan
Apakah hati macam ini boleh dilalaikan?
Apakah hati begini boleh ditipu-daya oleh nafsu syaitan?
Apakah hati ini boleh dipengaruhi oleh dunia dan nikmatnya (hubbun dunya)?
Sudah tentu tidak!!!
Sekali lagi tidak!!!
Sudah tentu hatinya sentiasa terpelihara
Tuhan akan menjaganya
Tuhan akan memeliharanya
Tuhan akan mengisinya
dengan iman dan keyakinan
Lalinya tiada,kecuali sedikit sahaja
Kerana manusia umum tiada maksum
kecuali nabi dan rasul
Inilah yang dikatakan hati (jiwa)
yang hidup dan jaga
Jagalah hati atau jiwa
jangan sampai dia mati
Jagalah dia
jangan sampai buta...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...