(wasiat Almarhum Dato' Fadzil Noor)
Mari temanku,tataplah,
arca kembara kita di padang masa,
Dengan usia yang dimatangkan pengalaman,
cuba kita bingkaikan ia,
dengan lidah ukiran kedewasaan.
Acap benar kita menangisi kekhilafan,
tanpa pernah menjanjikan air mata,
Setelah sedar dari nyedar yang mengkhayalkan,
kita tega dari kantuk yang mengalpakan.
Kelmarin yang memenatkan,
terlukis bayang lelan yang menghiburkan,
di bawah pohon perjuangan, tempat kita berteduh,
Ketahuilah dengan penuh kesabaran
itu adalah sejujur guru,
untuk menelaah putih awan pada langit tulus,
Membaca setia rumput pada bumi mulus,
Menyusur agam akar pada rekah tanah.
Untuk kesekelian kalinya,temanku
ketahuilah bahawa sejadah ini,
yang kita tenun dari benang keakraban,
dan hampar pada mihrab kerukunan,
adalah sejadah sujud,
yang mengaminkan doa sejagat.
::kuambilkan sajak ini sbg penaik semangatku untuk teruskan bermujahadah di bumi y fana ini dan sebagai peringatan pada diri kita yang sering alpa..apalah ertinya kehidupan klu tidak ada perjuangan yang mengalir ke tubuh kita sbg seorang khalifah di muka bumi ini...seorang mujahid terulung yang banyak mengorbankan tenaga dan mencurahkan buah fikiran dlm penyebaran dakwah...sy sangat kagum dengan keperibadian beliau...sama2lah kita bertaut hati dlm mengikat tali-tali perjuangan ini... tanggungjawab seorang mu'min dlm menyeru dan diseru..wallahua'lam::

No comments:
Post a Comment