::Permulaan tintaku::

Monday, February 13, 2012

Ulama’ empat mazhab

imam hanafi
Nama sebenar: An-Nukman bin Thabit
Tempat lahir:  sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah Baghdad
Tarikh lahir:   80H/699M
Tempat dan tarikh wafat: wafat di dalam penjara pd tahun 15o H (70 tahun)
Tempat dikebumikan: perkuburan al-Khaizaran yg terletak di timur kota Baghdad
Gelaran            : Abu Hanifah (disini ada dua pandangan 1-krn beliau mempunyai seorg anak bernama             Hanifah 2-beliau suka membawa dakwat kemana shj dia pergi lalu digelar      
                        Hanifah bererti dakwat dlm bahas Parsi)

Beliau terkenal sbg seorang yg alim dlm bidang feqah tauhid.Beliau belajar lebih drpd 200 org ulama’ yg terulung pd masa itu,antaranya:
1) Abdullah bin Umar
2) Abdullah bin Abbas
3) Abdullah bin Masud

Semasa hidupnya,Imam Abu Hanifah tidak sempat meyusun kitabnya.Namun, beliau mempunyai anak murid yang ramai.Mereka yg menulis dan menyusun kitab berdasarkan pendpt yg dicurahkan oleh guru mereka.



imam malik
Nama sebenar: Abu Abdullah Malik bin anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi
Tempat lahir:   Madinah Al-Munawarah
Tarikh lahir:    95H/712M
Tarikh wafat:   14 Rabiulawal 179H/796M (84tahun)
Tempat dikebumikan:   perkuburan Baqik

Keluarga dan keturunan
Bil. Isteri: seorang
Bil.anak:   4 orang (1perempuan 3 lelaki)
Keturunan: Yaman
Imam Malik seorang yang pakar dlm bidang ilmu hadis .Beliau berhati-hati dlm menyelidik 
sanad dan perawi (periwayat) hadis bg memastikan kesahihannya.Kerana kemasyhuran Imam 
Malik dlm bidang ilmu hadis,ramai ulama dr luar Madinah dtg bg mendptkn ilmu drpd beliau.

Imam Malik menghabiskan umurnya selama 40 tahun bg menghimpun dan menapis hadis-hadis yg
diterima drpd gurunya.Beliau menghafaz sebanyak 100 ribu buah hadis.Walaubagaimanapun tidak
semua hadis-hadis itu diterima.Hanya 10 ribu hadis yang diakui sah.Drpd 10 ribu hadis yg disiasat 
dan dipdankan dgn Quran,hanya lima ribu hadis yg benar-benar diterima sbg hadis Rasulullah yg 
sah.Hadis-hadis itu disusun dlm sebuah kitab yg dinama al-Muwattak.

Beliau juga berhati-hati dlm mengeluarkan fatwa.Beliau terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-
Hadis sblm meletakkan sesuatu hukum.Sekiranya tidak terdpt di dlm kedua-dua sumber itu,maka 
beliau merujuk pd ijmak ulama dan qias.

Aliran: Mazhab Maliki
Kitab:   Al-Muwattak
Perkembangan: Morocco,Algeria,Libya dan Palestin


 imam syafie

Nama sebenar: Muhammad bin Idris bin Abbs bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf

Tempat lahir:   Kota Gaza Palestin

Tarikh lahir:    bulan Rejab tahun 150 H (ada yg mengatakan pd malam Abu Hanifah wafat)

Tarikh wafat:   204H (54 tahun)

Tempat wafat:   Mesir

Imam Syafie dibesarkan dlm serba kekurangan.Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran 
dan menghadfal Al-Quran sejak berumur 9 tahun.Semasa berusia 10 tahun,beliau menghadami dan
menghafal kitab Al-Muwattak yg ditulis oleh Imam Malik.Beliau mempunyai suara yg merdu,boleh
bersyair dan bersajak.Ketika berusia 15 tahun beliau telah mengajar dan memberi fatwa kpd org 
ramai di Masjid al-Haram,krn kegigihan dan kecerdikan beliau yg luar biasa.

imam hanbali

Nama sebenar: Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Marwazi al-Baghdadi.

Tempat lahir:   Baghdad

Tarikh lahir:   164H/780M

Sejak kecil beliau sgt suka menuntut ilmu ketika berumur 14 tahun,beliau menghafal Al-Quran dan
mempelajari ilmu hadis dan feqah.Beliau terus menuntut ilmu shg berusia 40 tahun.Ketika berusia 
16 tahun beliau sudah merantau ke Kufah, Basrah, Syam, Yaman dan tempat-tempat lain untuk 
menambah ilmu.

Imam Hanbali digelar Al-Ahkam krn dpt menghafal lebih drpd 700000 hadis dan berpengetahuan
mendalam mengenai ilmu hadis yang melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum feqah.

Imam Hanbali sgt kuat beribadat.Beliau menunaikan 300 rakaat solat sunat sehari semalam dan
mengkhatam Al-Quran seminggu sekali.
  
Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...