::Permulaan tintaku::

Friday, April 19, 2013

Kuterbang menggapai awan


Sejak semenjak ini,kata-kata cabaran selalu datang.Pernah suatu ketika,abang aku menyatakan aku tidak mampu melakukan taklifat ketika saat itu aku pegang.Amat pedih katanya,air mata ini berguguran.Hati ini suka sangat tersentuh.Allahurobbi~cuba menguatkan kembali semangat.Kini perkara lain pula yang datang menjengah.Kata-kata sindiran ini aku jadikan sebagai cabaran.Aku cuba bersendirian untuk muhasabah dan terus muhasabah. Bukan untuk orang lain, tetap untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri juga, kan? Muhasabah yang datangnya mahabbah dalam hati untuk melakukan perubahan dan menafikan apa yang diperkatakan.Semua perlukan persediaan yang begitu rapi.

Kuterbang sendirian
Gapai awan yang tertinggi
mengharungi angin yang terlalu kencang
Hujan panas yang kekadang menyebabkan diri ini jatuh
Tetapi aku tetap akan teruskan perjuangan ini
Dalam menongkah arus  yang mencabar
Untuk sampai ke destanasi yang dituju
Aku masih ada waktu lagi
Untuk melakukan perubahan
Aku tidak mahu harapan yang aku bawa terkubur
Penerbangan aku kali ini
Membawa kekuatan dariNYA
Aku tidak mampu terbang dengan sempurna tanpa REDHA dariNYA
Biarlah aku terbang sendirian
Aku punya ALLAH!

Ayat-ayat cinta yang tersemat dihati:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran

(Al-Baqarah 2 : 186)

Ya Allah, Tuhan pemilik segala hati, kuatkan diriku… kerana sesungguhnya jalan pulang itu dagang…
May i finish this strong, bi iznillah
Ighfirli ya ALLAH Ana faqir ilaik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...