Perasaan ini biar ia berlalu pergi bersama angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa.Pergi dengan tenang bersama redhaNYA.Fikiran masih lagi berfikir namun tetap cuba melupakan apa yang terbuku.Matlamat kehidupan sentiasa saya pegang agar tidak tersasar jauh dari impian yang dibina.
Lirik lagu ini bagaikan terbaca isi hati ini.Hebatnya cinta Siti Zulaikha.
oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya
Cinta itu fitrah.Kerana itu ia perlu dijaga dan dipelihara.Fitrah cinta boleh membuat manusia lalai dengannya,berkorban apa sahaja.Bahaya! sekiranya ia dibiarkan.Cinta yang bersandarkan ALLAH taala pastinya setiap apa yang dilakukan keranaNYA.DIA yang mendahului segala-galaNYA dalam segenap ruang.
Telah kupilih jalanMU
Jalan untuk hamba-hambaMu yang soleh
Jalan dalam meniti kehidupan dunia yang fana
Jalan untuk sentiasa beribadah kepada sang pencipta
Aku yakin dengan cinta yang kau beri
Cinta yang tidak ada kekecewaan padanya
Fitrah hati ini tidak mampu kubendung
Tidak mampu aku telan
Perit rasanya
Aku gagahkan juga untuk matlamat hidupku
Demi menggapai redha Illahi
Maafkan aku ya ALLAH
Matikanlah rasa cinta yang belum pasti dimiliki
Agar dapat ku semaikan cintaMU yang suci
Teguhkanlah cinta aku kepadaMU
Agar tidak aku kecundang dengan cinta yang dusta
Bantulah aku ya ALLAH
Untuk gapai ketenangan
Dalam menulusuri jalanMU ini
Dekatkanlah aku bermesra padu
Dalam meniti kebahagian setiap waktu
Hanya untukMU YANG ESA.
RedhaMU yang kudambakan..
No comments:
Post a Comment